Friday, May 7, 2010

Statistik Kemalangan Jalan Raya

Salam...

Berikut adalah statistik kemalangan jalan raya untuk tempoh 10 tahun, bermula dari tahun 1998 hingga tahun 2007.  Jumlah kematian setiap tahun adalah sekitar 5 hingga 6 ribu kematian.


Sumber dipetik dari web JKJR

Mangsa Trauma Kereta Disepak Mat Rempit.

Kuala Lumpur, 5/May/2010- Seorang lelaki yang dalam perjalanan ke tempat kerja diwaktu pagi mengalami tekanan perasaan setelah kereta Honda Accord yang dinaikinya telah ditendang oleh samseng jalanraya yang menaiki motosikal.


Mangsa, Shah (bukan nama sebenar) yang bekerja di sebuah kilang Jepun di Petaling Jaya berkata, "Saya sangat tertekan dan murung selepas kejadian itu. Mungkin memerlukan masa seminggu untuk redakan keadaan....abang tau tak nak repair kat mana?".

Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dan suspek melalui satu jalanraya yang sempit di sekitar Sentul sebelum mangsa mengelak lubang yang berada ditengah jalan dan tanpa menyedari kehadiran suspek yang menaiki kenderaan motosikal berada disisinya. Akibat daripada tindakan mangsa itu, dipercayai hampir mengakibatkan suspek terjatuh dari motorsikalnya. Suspek yang berang dengan tindakan mangsa lalu mengejar mangsa sambil memaki hamun dan menekan hon motosikalnya bertalu-talu kepada mangsa.

Mangsa yang baru pulang setelah lama migrasi dari negara Jepun dikatakan membiarkan sahaja dan hanya mengangkat tangan tanda memohon maaf kepada suspek. Suspek yang tidak berpuas hati mengekori mangsa dengan agak lama. Setelah bosan dengan sikap mangsa yang tidak mengendahkan suspek, tiba-tiba suspek telah menendang kereta mangsa dan terus memecut motorsikalnya untuk melarikan diri. Setibanya mangsa di tempat kerja, didapati terdapat beberapa kesan kemek dan calar daripada insiden tersebut.

Perhatian: Diharap semua pengguna jalan raya perlu berhati-hati untuk mengelak lubang. Perhatikan dahulu cermin sisi sebelum membelok. Untuk keselamatan, gunalah 'Blind Spot Mirror' yang sangat membantu anda untuk situasi seperti ini.
   Blind Spot Mirror

Ikhsan dari: Sahabat Pena

Monday, May 3, 2010

Salam Perkenalan..

Assalamualaikum dan Salam Perkenalan...

Blog ini diwujudkan atas rasa ketidakpuasan hati terhadap sikap pengguna jalan raya yang sangat angkuh dan sombong seolah-olah dialah raja dijalan raya. Namun syabas diucapkan kepada pengguna jalan raya yang sangat berdisiplin. Tahniah diucapkan di atas kesabaran anda.

Sila perkenalkan diri dan hantarlah komen, teguran, nasihat membina, tips, berita kemalangan, info traffic jammed dan sebagainya untuk tatapan semua.